Loading...
TR

'Dah tegur tapi dia insaf sekejap, kemudian buat lagi'


Sudah kerap diberi peringatan agar beradab apabila berada di tempat awam. Dalam aduan terbaru ini, pengadu mendakwa seorang wanita bertindak biadab dengan meletakkan kakinya di atas kerusi. 

Teguran telah diberi, malangnya individu terbabit hanya 'insaf' seketika.

GOOD day min. Saya nak bangkitkan isu yang kurang menyenangkan bagi pihak sepupu saya. Tolong hide nama saya ok. 

Sepupu saya dan suaminya pergi menghadiri sebuah majlis di Sarawak Islamic Information Centre (IIC) sekitar jam 2 hingga 4.30 petang. 

Sepanjang tempoh itu, wanita ini meletakkan kakinya di atas kerusi suami sepupu saya seperti dia duduk di rumah bapak dia. 

Bukan nak kurang ajar tetapi takkan tak reti beradab. Malah ia menjijikkan sebab kita tak tahu dia basuh kaki ke tak, kaki dia berkulat ke apa, jenis yang berpeluh ke. Kita takkan tahu. 

Suami sepupu ada tegur dia. Kemudian dia turunkan kaki sekejap dan tidak beberapa lama selepas itu dia buat lagi. Berapa kali nak tegur kalau dah tegur sekali pun masih buat lagi? 

Jadi, sepupu saya ambil gambar dia saja, senang cerita. 

Perbuatan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan di tempat awam terutamanya di dalam dewan orang ramai kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang senang orang lain, atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan pergaduhan. 

Belajarlah untuk beradab ketika berada di tempat awam. Jangan sewenang-wenangnya membawa perangai atau tabiat buruk anda di rumah ke tempat awam sehingga menyebabkan diri anda dikecam orang ramai. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.