Si ibu turut merakam video dia mempertikaikan tindakan guru itu yang dianggapnya agak keterlaluan biarpun guru terbabit cuba menjelaskan bahawa pelajar perempuan itu terdahulu menggelarnya sebagai 'aqua' (pondan).
Berdasarkan gambar, pelajar terbabit dirotan di bahagian lengan dan kakinya sehingga meninggalkan kesan dan sukar menggerakkan tangannya.
Ibu: "Sekarang dia cakap sama you, sorry. Kenapa nak hentam dia macam ni?"
Guru: "Sebelum dia buat, adakah dia fikir? Dia fikir tak? Dia fikir tak apakah yang dia buat tadi?"
Ibu: "You ingat cikgu 'besar', jangan cakap macam ni. You rotan budak macam ni, tengok. Rotan macam ni eyh? Tengok tangan dia, entah-entah ada patah pun tak tahu. You rotan sama dia macam ni?
"You cakap you geram ah? Tak boleh macam ni. Awak cikgu, awak mengajar mereka."
Guru: "Puan ada tanya tak apa yang dia cakap pada saya?"
Ibu: "Aqua (Pondan)?"
Guru: "Daripada satu aspek, tak boleh."
Ibu: "Tapi dia sudah cakap sorry ma. Ada cakap sorry tak?"
Menurut guru terbabit, pelajar itu bukan sekali memanggilnya seperti itu dan mempersoalkan tindakan si ibu yang mempertahankan anaknya sudah meminta maaf sedangkan permohonan maaf itu dibuat selepas guru itu merotannya.
Malangnya, si ibu enggan mendengar penjelasan itu yang dianggapnya mengarut dan tetap mempertikaikan tindakan guru itu merotan anaknya.
Berdasarkan perbualan seterusnya, seorang guru wanita menjelaskan kepada si ibu bahawa pelajar terbabit menyebut 'Cikgu Aqua (pondan)' di hadapan para pelajar lain.
Sumber: Borneo