Loading...
TR

(Video) Pelajar dibelasah sehingga mati kerana berebut tempat duduk di depan kelas


Seorang pelajar dibelasah sehingga mati oleh rakan sekelasnya di utara India ketika berebut tempat duduk dalam kelas. 

Ranjit Kumar Singh, 17, meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar lelaki di Deoria, India. 

Kejadian itu berlaku dua hari selepas Ranjit didakwa bergaduh dengan kumpulan terbabit kerana berebut tempat duduk di hadapan kelas. 

Bengang dengan kejadian itu, kumpulan terbabit merancang untuk mencari mangsa pada Sabtu lalu dan membelasahnya dengan batang besi sebelum melanggarnya menggunakan motosikal. 

Ranjit meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. 

Salah seorang suspek ditahan di tempat kejadian dan serahkan kepada polis, sementara empat lagi suspek sedang giat diburu. 


Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.