Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Batu Caves itu, tidak diketahui punca sebenar kejadian. Namun ada sumber yang mendakwa ia berpunca dari keengganan lelaki terbabit menunjukkan identiti diri bagi membuktikan dia penduduk di bangunan itu.
Berdasarkan video viral tersebut, ketiga-tiga mereka bergaduh di perkarangan kediaman itu sambil dirakam dan diperhatikan oleh penduduk yang melalui kawasan itu.
Kemuncak pergaduhan itu, dua pengawal terbabit berjaya menumbangkan lelaki itu dan kelihatan salah seorang dari pengawal keselamatan itu mengalami pendarahan di bahagian mulutnya.
Menurut percakapan mereka dalam video itu, rakan kepada lelaki terbabit mendakwa mereka adalah penduduk di bangunan tersebut.
Sementara itu, pengawal berkenaan pula mendakwa lelaki itu yang terdahulu memukulnya sehingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka. Namun dinafikan oleh lelaki itu.
Berang dengan lelaki itu, pengawal keselamatan yang dipercayai warga asing itu menegaskan dia mempunyai bukti kukuh terutamanya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta lelaki itu menghubungi polis jika benar dia berasa dirinya tidak bersalah.
Tidak diketahui apa kesudahan kejadian tersebut.