Loading...
TR

'Tunang saya kena tangkap basah dengan Ex GF dia malam tadi'


Segala persiapan telah dibuat, kad jemputan juga telah diedarkan, namun majlis terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir kerana bakal pengantin lelaki membuat onar. 

Gadis yang tidak mahu mendedahkan identiti sebenarnya, meluahkan kekecewaannya itu di media sosial di mana bekas tunangnya itu telah ditangkap basah bersama dengan bekas teman wanitanya. 

SAYA baru membatalkan majlis perkahwinan saya yang sepatutnya diadakan pada 6 Julai depan. Tunang saya kena tangkap basah dengan bekas teman wanitanya malam tadi. Saya malu dengan keluarga dan rakan-rakan. Tak tahu macam mana nak jelaskan kepada mereka. 

Kami dah tempah dan bayar dewan, katering, doorgift, honeymoon dan kad jemputan juga telah diedarkan awal bulan ini. 

Pagi ini, keluarga dia memberitahu keluarga saya yang mereka mengambil keputusan untuk meneruskan majlis perkahwinan ini. Dia (bekas tunang) akan berkahwin dengan bekas teman wanitanya itu pada 6 Julai menggunakan dewan yang sama, katerer yang sama, baju kahwin yang same di mana ia ditempah oleh kami sebelum ini. 

Saya tidak kisah dilukai oleh dia tetapi saya tidak sanggup melihat ibu saya menangis. Keluarga saya sebelum ini sangat teruja apabila satu-satunya anak mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tetapi saya percaya, ada hikmah di sebalik kejadian ini. Saya anggap in isemua sebagai ujian dari Allah kepada saya. 

Malam esok, saya akan pergi ke Bali, Indonesia, bersama dengan keluarga, dengan harapan dapat menenangkan minda. 

Terima kasih Aqmal untuk tempoh lima tahun ini. Saya harap awak bahagia dengan kehidupan baru awak. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.