Loading...
TR

Suami belasah isteri dengan gergaji kerana cucu enggan duduk di atas ribanya


Penduduk di sebuah perkampungan di Indonesia digemparkan dengan pergaduhan pasangan suami isteri hanya kerana si suami berang cucunya tidak mahu duduk di pangkuannya. 

Dalam kejadian itu, suspek, I Ketut Jerman, 58, yang gagal mengawal kemarahan tergamak mencederakan isterinya, Ni Ketut Tampi, 58, sehingga mengalami kecederaan. 

Menurut Ketua Polis Daerah Bangli, AKP Sulhadi berkata, suspek memanggil cucunya, Putu B, 6, untuk duduk di pangkuannya. 

Namun kanak-kanak itu enggan datang menyebabkan suspek marah lalu memarahi cucunya. 

Selain marah, I Ketut Jerman juga mahu memukul kanak-kanak terbabit menyebabkan Ni Ketut Tampi datang menghalang suaminya dari berbuat demikian. 

Tidak dapat menerima tindakan isterinya itu, I Ketut Jerman menarik rambut mangsa lalu dipukul bertubi-tubi sebelum ternampak gergaji lalu diambil dan terus memukul kepala mangsa dengan senjata itu. 

Mangsa cuba menyelamatkan diri dan berlari ke rumah jirannya, I Wayan Ngamben, 55, untuk meminta bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Bangli untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut doktor, mangsa mengalami luka di kepala bahagian kanan dengan kesan luka tiga sentimeter, lebar 0.5 sentimeter serta kedalaman 0.5 sentimeter. 

Akibat kecederaan itu, mangsa menerima empat jahitan dan dibenarkan pulang ke rumah. 

Jiran mangsa juga melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan bertindak di atas laporan itu, suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Radar Bali

About Cite Malaya

Powered by Blogger.