Loading...
TR

'Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini..' - Cemburu, suami gantung diri di belakang rumah


Seorang lelaki berusia 25 tahun mengambil keputusan untuk menggantung dirinya dengan tali di pokok rambutan di belakang rumahnya di sebuah kampung di Kuala Krai, 1.37 tengah hari, Sabtu. 

Mayat lelaki itu ditemui oleh isterinya kira-kira 100 meter dari rumah mereka bersama dengan sekeping nota terakhir yang ditulis oleh buruh berkenaan. 

"Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini. Abang tak pernah menyesal ketika bersama sayang. Assalamualaikum. Salam terakhir." 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, siasatan mendapati lelaki itu mengambil isterinya yang berusia 42 tahun, yang bekerja di hospital berhampiran pada jam 8 pagi. 


Namun sebaik tiba di rumah, berlaku perbalahan di antara pasangan itu dipercayai lelaki itu cemburu terhadap isterinya. 

Pada jam 1 tengah hari, si isteri melihat suaminya keluar dari rumah sambil membawa tali, tanpa menyangka sesuatu yang buruk bakal berlaku. 

Selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah sebelum menemui mayatnya di belakang rumah. 


Mayat magsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.