Loading...
TR

Penumpang terpaksa duduk selama 10 di kerusi dicemari muntah


Seorang ahli perniagaan terpaksa duduk di tempat duduk yang dicemari kesan muntah selama 10 jam dalam pesawat British Airways selepas krew kabin gagal menawarkan tempat duduk lain kepadanya. 

Dave Dildea, 38, timbalan presiden di sebuah firma perisian di San Franciso, Amerika Syarikat, memuat naik gambar kerusi tersebut di Twitternya.

Difahamkan, Dave mengambil pakej kelas perniagaan di Lapangan Terbang Heathrow dan mendapati tempat duduknya dicemari kesan muntah membuatkan dia terpaksa berdepan dengan keadaan yang menjijikkan itu selama beberapa jam. 

Dave mendakwa, krew kabin menyangka dia yang bertanggungjawab di atas kesan muntah itu dan tidak menawarkan tempat duduk lain kepadanya mahupun memohon maaf kepada Dave. 

"Saya tak perasan apa-apa sehingga selepas dua jam ketika saya mahu mengeluarkan 'foot stool', baru saya menyedari ada kesan muntah di kerusi. 

"Kesan muntah itu turut terkena pada dinding belakang dan lantai.

"Dia (pramugara) tidak menawarkan tempat duduk lain atau meminta maaf, jadi saya minta selimut untuk menutup kesan kotoran itu.

"Ia sangat menjijikkan. Saya bayar tiket mahal-mahal, tapi ini yang saya dapat," katanya. 

Sementara itu, jurucakap British Airways berkata, pihaknya memohon maaf di atas kejadian yang dialami penumpangnya itu dan akan menyiasat dan menghubungi Dave untuk memohon maaf. 

Sumber: Mirror

About Cite Malaya

Powered by Blogger.