Loading...
TR

Pembantu rumah sorok jam tangan dicuri dalam kemaluan, elak dikesan majikan


Seorang pembantu rumah di Shanghai ditahan kerana menyalahgunakan vaginanya untuk menyembunyikan jam tangan yang dicuri dari majikannya. 

Terdahulu, majikan mengesyaki pembantu rumahnya mencuri jam tangan itu, tetapi suspek menafikan semua dakwaan itu dan kes itu kemudian dilaporkan kepada pihak polis. 

Semasa disoal siasat, polis mendapati suspek duduk dalam keadaan mencurigakan dan mengesyaki suspek mungkin menyembunyikan jam tersebut di dalam vaginanya.

Polis kemudian meminta suspek menjalani x-ray dan setelah itu mereka mendapati ada sesuatu di dalam kemaluan suspek yang kelihatan seperti jam tangan. 

Polis meminta suspek mengeluarkan jam tersebut dan suspek terus ditahan atas kesalahan mencuri. 



Sumber: ABC

About Cite Malaya

Powered by Blogger.