Loading...
TR

'Padamkan video itu, saya tak nak mereka (suspek) malu, saya buat hal sebab itu kena pukul' - Mangsa


Susulan viral klip video seorang remaja lelaki dibelasah teruk oleh dua suspek, individu yang menyebarkan video itu tampil merayu kepada orang ramai agar memadamkan video tersebut dari terus tersebar di media sosial. 

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Mirul itu berkata, kes tersebut telah diselesaikan di antara kedua-dua pihak dan laporan polis telahpun dibuat. 

"Kepada semua yang viralkan video itu, tolong delete sebab benda dah settle. Jangan nak besar-besarkan lagi okey.

"Saya bersalah sebab viralkan. Saya tak fikir orang. Jadi, tolonglah ye kepada semua yang di luar sana itu, delete video tersebut. 

"Mohon jasa korang, kes ini dah settle dengan keluarga si pelaku dan ayah kepada mangsa pukul. Tolong delete ye sebab ini arahan dari pihak atasan. Tolong bagi kerjasama ye kawan-kawan.  Laporan sudah siap. Jadi saya mohon semua doakan kawan saya sekarang ini dipermudahkan urusan." katanya. 

Namun, netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang dianggap cuba menutup kes tersebut sedangkan kejadian itu jelas merupakan kes jenayah yang perlu ditangani dengan tindakan undang-undang. 

"Saya yang tengok video ini tak rasa kes ini patut settle begitu sahaja. Tolong buat laporan polis atau bagi PDRM ambil tindakan terhadap yang pijak dan memulakan pukulan

"Awak kakak ke, adik dia ke, saya rasa patut awak jadi orang yang bertanggungjawab," kata netizen. 

Sementara itu di Instagram Awie MBR69 memuat naik audio rayuan seorang lelaki yang  mendakwa dirinya adalah mangsa pukul dalam video viral tersebut, agar video itu dipadamkan segera. 

"..saya yang kena pukul teruk... Tolonglah bang, delete video tu bang. Bapak saya dah settlekan dengan budak-budak tu bang. Saya tak nak budak-budak itu malu bang. 

"Abang buat begini, abang timbulkan rasa marah netizen. Disebabkan abang, kawan-kawan saya malu. Memang saya ada buat hal, sebab itu saya kena pukul. Tolong bang delete video itu bang, saya merayu sangat pada abang." kata individu yang mendakwa dirinya adalah mangsa dalam kejadian itu. 

Berdasarkan klip audio itu, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki itu telah diugut oleh seseorang. 

Sumber: Instagram @Mmirrull , @awiembr69

LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.