Kehilangan orang yang disayangi sangat sukar untuk diterima lebih-lebih lagi kehilangan kedua ibu bapa. Jika sudah mampu sudah dewasa dan mampu berdikari, kehilangan itu sedikit sebanyak dapat diterima, tetapi jika kehilangan itu ditanggung oleh anak kecil, sudah pasti tekanan datang dari pelbagai sudut.
Seorang guru berkongsikan kisah seorang pelajar yang berniat untuk membunuh diri. Apabila disoal, rakan-rakannya memberitahu dia mahu berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Ibu dan bapa pelajar tersebut dikatakan telah meninggal dunia dan semenjak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya.
PAGI tadi relief kelas darjah satu. Masuk ke kelas kecoh kejap, ramai-ramai student cakap ada seorang student ini nak bunuh diri.
Di sudut kelas, ada seorang budak lelaki duduk menangis. Aku pergi kat dia, ada tali halus di leher. Dia dah ikat ketat nak jerut leher sendiri.
Aku pergi kat dia perlahan-lahan. Aku cakap dengan dia suruh lepaskan tangan daripada tali itu. Dia pandang aku sayu, tapi ikut arahan. Aku mula cuba buka ikatan tali itu. Dah dapat buka tali, aku tanya dia kenapa dia buat begitu. Bila dapat tahu kenapa, sumpah aku rasa nak menangis.
Dia kata "Saya nak jumpa mak ayah saya, cikgu". Aku pelik, kenapa bunuh diri nak jumpa mak ayah.
Then ada sorang budak kata "Mak ayah dia dah meninggal cikgu. Dia nak mak ayah dia." Budak itu berhenti menangis, tetapi dia pandang lantai saja.
Sumpah aku nak menangis on the spot tadi. I hold my tears, hugged him and bring him to the teacher's table. Aku tak nak nanti dia menangis lagi. Keep it calm and cool.
Aku tanya dia duduk dengan siapa. Dia kata tinggal dengan makcik dia. Said to him "Jangan sedih, makcik ada kan. Sayang makcik kan?", dia angguk.
Sedih betul, dia kecil lagi dah kena uji macam tu. I almost lost words to say dalam kelas tu tadi. Doakan dia kekal kuat ye. Don't forget to appreciate and show your love to your parents. Some people really wants to be with their parents but they're gone forever.
Satu lagi aku nak pesan. Never approach suicidal people with anger or intimidation. I know how the kid feels like that's why I approached him slowly, talked to him and try to understand him. Kalau marah-marah sebab dia suicidal, dia akan stay depressed and hate to live.
Update: Ada beberapa orang yang baik hati ingin membantu pelajar anak yatim ini. Memang berat dugaan hidup dia ni. Saya akan cuba yang terbaik untuk bantu menyampaikan apa apa sahaja usaha mana-mana pihak untuk membantu anak ini. Boleh DM saya untuk sebarang pertanyaan.
Sumber: Adbshukrie