Loading...
TR

'Kalau lambat keluar dari tandas, aku mungkin kehilangan adik buat selamanya' - Lelaki dakwa adiknya nyaris diculik di RNR Temerloh


Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri. Para perantau sudah mula beransur-ansur pulang ke kampung halaman masing-masing. Perjalanan yang jauh sudah pastinya kita memerlukan masa untuk berhenti menunaikan solat, rehat dan sebagainya di perhentian Rehat dan Rawat (RNR). 

Lelaki ini memberikan peringatan kepada para pengguna lebuh raya supaya berhati-hati semasa berhenti di kawasan perhentian RNR. Menurut beliau, adiknya hampir menjadi mangsa culik beberapa lelaki, namun nasib menyebelahi adiknya kerana ketika itu dia telah mengunci pintu kereta. Lelaki ini juga mendakwa yang dirinya hampir menjadi mangsa pukau, tetapi cubaan suspek itu gagal.

PERINGATAN untuk para perantau semasa berhenti di Rehat dan Rawat. 31 Mei memang akan jadi kenangan pahit. Kalau tersilap langkah dan lambat keluar dari tandas tadi, aku mungkin akan kehilangan adik aku buat selamanya diambil orang kerana dua lelaki (India) yang tidak dikenali cuba membuka pintu kereta aku di RNR Temerloh.


Ceritanya, pada awal aku sampai di RNR Temerloh, aku diperhatikan oleh segerombolan manusia iaitu terdiri dari Melayu dan India. Tiba-tiba, masa nak makan, mereka mengambil tempat di meja sebelah aku. Diorang pandang aku, cubaan untuk pukau tetapi gagal.


Masa nak pergi ke tempat letak kereta, mereka tunggu. Syak wasangka memang tak ada ssebab bulan puasa ini ingat semua orang baik-baik. Tetapi, cubaan mereka untuk memukau gagal, lalu mereka cuba menggunakan kekerasan dan cuba membuka pintu kereta semasa adik aku bersendirian di dalam kereta. Nasib baik sebelum aku ke tandas, aku dah berpesan kepada dia. 

“Adik, lock pintu“ dan masa dalam tandas, adik call aku berkali-kali, kali ketiga baru aku angkat dia cakap emergency. aku terus bergegas keluar dan dua lelaki India itu sudah melarikan diri.

P/S: Berhati-hati kalau anda semua stop di Rawat dan Rehat Temerloh sebab ada mata yang sedang memerhati. Tunggu peluang untuk rompak, samun atau pukau. Serius trauma! Sampai ngigau adik di malam hari.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada pengadu telah membuat laporan polis atau sebalik. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


About Cite Malaya

Powered by Blogger.