Loading...
TR

Budak 2 tahun maut terjatuh dari tingkap rosak


Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut terjatuh dari tingkap kediamannya yang rosak, hanya beberapa saat selepas ditinggalkan seketika di bilik tingkat atas. 

Mangsa, T-Jay Dedman, 2, ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu di rumah sewa rakan ibunya di Tuebrook, Liverpool.

T-Jay meninggal dunia pada 23 November 2018, enam hari selepas kejadian itu.

Menurut ibunya, Chelsey Wall berkata, T-Jay pada masa itu T-Jay sedang bermain dengan anak rakannya yang juga berusia dua tahun. Dia diamanahkan rakannya untuk menjaga mereka semua sementara dia pergi ke kedai untuk membeli barang. 

Tidak beberapa lama kemudian, dia mendengar namanya dipanggil oleh anak kedua rakannya itu untuk turun ke dapur bagi membantunya membuat rumah mainan. 

Chelsey turun seketika dan hanya beberapa saat kemudian pintu rumah sewa itu diketuk oleh seorang wanita yang tidak dikenali, dalam keadaan menangis memaklumkan dia menemui mangsa di luar rumah. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alder Hey dan pemeriksaan doktor mendapati tempurung kepalanya retak, kerap sawan dan otaknya bengkak. 

Doktor segera memberi rawatan kepada T-Jay dan selepas dirawat, mangsa kerap mengalami sawan dalam tempoh enam hari tersebut sebelum meninggal dunia. 

Polis percaya, mangsa terjatuh dari tingkap yang sudah rosak. 

Pihak berkuasa memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu mangsa kerana kes itu diklasifikasikan sebagai kemalangan yang tidak disengajakan. 

Sumber: Mirror

About Cite Malaya

Powered by Blogger.