Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara 341 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap anak-anak dan bekas isterinya, lapor Metro News.
Selain itu, suspek, Christopher Sena, 52. turut melakukan perbuatan keji itu terhadap anjing belaannya dalam tempoh 12 tahun. Begitu juga dengan lapan ahli keluarganya dijadikan sebagai sasaran dan merakam perbuatan seksual itu.
Christopher menjadikan lelaki dan perempuan sebagai mangsanya, termasuk ibu dan ibu tirinya dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebelum merakam perbuatan terkutuk itu.
Perbuatan Christopher terbongkar pada September 2014 selepas pasukan SWAT menyerbu treler milik suspek di Pangkalan Udara Nellis.
Dalam serbuan itu, turut rampas video serangan seksual.
Dua bekas isteri suspek, Deborah Sena, 53, dan Terrie Sena, 48, yang bersekongkol dengan suspek dijatuhkan hukuman mati sebelum perbicaraan pada Selasa. Namun kedua-duanya dipenjara seumur hidup selepas mereka membuat rayuan.
Hakim William Kephart menjatuhkan hukuman beratus tahun ke atas Christopher yang disabitkan dengan 95 jenayah seksual, setimpal dengan perbuatannya yang sangat mementingkan diri dan sesat.
Sumber: Astro Awani