Loading...
TR

'Ya Allah, satukanlah jodoh kami'' - Aliff nak rujuk semula dengan Bella?


"Ya Allah, satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," demikian tweet penyanyi Aliff Aziz yang baru dimuat naik pada waktu Sahur tadi. 

Walaupun tidak menyebut sebarang nama pada tweet itu, netizen mengandaikan Aliff mahu merujuk kembali dengan bekas isterinya, Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 25. 



Bella bagaimanapun enggan menggulas lanjut mengenai tweet bekas suaminya itu dan beranggapan mungkin tweet itu dituju kepada wanita lain. 

"Kalau boleh, saya tak nak ulas apa-apa sebab baru lagi bercerai. Banyak hati kena jaga. Nanti orang ingat saya tak henti bagi kenyataan. Lagipun status di Twitter itu belum tentu untuk saya," katanya. 

Terdahulu di Instastory, Aliff turut memuat naik gambar anaknya dengan kapsyen yang dia sangat merindui si kecil itu.

Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, disahkan telah bercerai talak satu pada 16 Mei lalu ekoran tiada lagi kesefahaman dan Aliff yang selalu curang. 

Sementara itu, netizen pula mendoakan yang terbaik untuk Aliff, tidak kurang juga yang memberi nasihat agar dia berubah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. 







About Cite Malaya

Powered by Blogger.