Sayu melihat seorang lelaki tua yang hanya mampu memandang anak perempuannya terlantar koma di katil akibat kemalangan jalan raya.
Terdahulu viral di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan bernama Siti Maisarah koma selepas motosikal yang dinaiki oleh dia dan ibunya terlibat dalam kemalangan di berdekatan pasar raya Econsave, Simpang Renggam.
Menurut Cik Puan Eddy yang berkongsi perkara itu berkata, anaknya ada memaklumkan bahawa Maisarah sering dipulau dan dibuli di sekolah kerana dia datang dari keluarga miskin.
"Doakan adik Siti Maisarah. Cepatlah sembuh dik, kesian kat ayah. Tengok ayah ni hari-hari mendoakan adik. Kami rakyat Malaysia hari-hari mendoakan adik sembuh.
"Adik Maisarah ini terlibat dalam kemalangan di depan Econsave Simpang Renggam beberapa hari lalu. Sekarang sedang koma.
"Di sebalik cerita dari anak saya sendiri, adik ini selalu dipulau dan dibuli di sekolah. Mungkin kerana adik ini kurang upaya dan dari keluarga yang susah.
"Mama, budak yang kemalangan itu kan satu sekolah dengan kita. Dia selalu kena buli, orang semua tak nak kawan dengan dia sebab dia pakai baju buruk, lepas tu tudung pun senget."
"Untuk yang kaki buli itu, menyesal ye dik, minta maaflah, doakanlah adik Maisarah ini cepat sembuh. Mari kita sama-sama mendoakan Maisrara ini cepat sembuh," katanya.
Berkat dari doa orang ramai, Maisarah dilaporkan sudah sedar dari koma pada 29 Mei 2019, tetapi masih dalam pemantauan hospital.
Menurut Shamsiah Shaaban, ibu kepada Maisarah juga mengalami patah kaki dan akan dibedah untuk dimasukkan besi.
"Alhamdulillah adik Maisarah ini dah sedar dari koma. Tetapi masih dalam pantauan doktor. Dah keluar dari ICU dan sekarang ditempatkan di wad biasa di Hospital Kluang, wad 6A, katil 18.
"Sebelah katil, mak dia yang patah kaki dan doktor nak buat pembedahan masukkan besi dalam masa terdekat.
"Waris bagi mak, Encik Zahri SU MPKK Kampung Parit Hj Hasim. Boleh hubungi beliau untuk pertanyaan lanjut, 013-7916565. Waris Maisarah untuk dihubungi pula Cikgu Nora untuk maklumat tentang kesihatannya, 019-7446352.
"Mereka tiada waris lain, jadi MPKK dan cikgu sekolah Maisarah yang banyak membantu mereka sekeluarga.
"Mereka memerlukan bantuan kewangan sebab MPKK terpaksa upah orang menjaga mereka di hospital sebab MPKK juga nak menjaga ayahnya di rumah yang sudah uzur secara bergilir-gilir.
"Ini nombor akaun ayah Maisara, BSN 01108-29-000116753, Haron bin Mahmood. Kepada sesiapa yang nak membantu, boleh sumbang ke nombor akaun tersebut bagi meringankan beban mereka sekeluarga," katanya.
Sumber: Cik Puan Eddy, Shamsiah Shaaban