Seorang pembantu rumah warga asing dilaporkan telah melarikan diri dari rumah majikannya di Setia Alam malam tadi.
Majikannya, Aisyah Basirah, berkata, pembantu rumah bernama Marlinawati, 43, berasal dari Medan, Indonesia itu baru saja lapan hari bekerja dengannya telah melarikan wang RM6,500 dan melarikan diri pada tengah malam tadi.
Difahamkan, suspek yang bergerak secara solo tanpa menggunakan khidmat ejen, dipercayai sedang mencari mangsa seterusnya.
"Beliau mencari fast cash melalui wang pendahuluan. Visa sosialnya masih belum tamat tempoh. Saya percaya beliau sedang mencari mangsa seterusnya. Application permitnya telah kami batalkan.
"Laporan polis juga telah dibuat, begitu juga dengan laporan Imigresen tetapi pihak Imigresen tidak boleh menyekat keluar masuk bibik syaitan ini kerana tiada perintah mahkamah.
"Pegawai kata, "biar jelah dia keluar Malasyia". (Facepalm) kalau dia masuk semula dan tipu orang lain macam mana?
"Mereka sungguh licik. Bibik itu pernah bercerita yang adiknya masuk ke negara ini mengikut lorong tikus, ikut tekong dan lain-lain. Tak perlu pasport pun boleh masuk Malaysia. Kau rasa??
"Saya perlukan bantuan anda, kuasa viral untuk cekup syaitan ini daripada terus berleluasa. Jika anda terjumpa atau didekati oleh syaitan ini, sila hubungi saya segera di talian 019-3464826 atau hantar dia ke balai polis berhampiran," tulisnya di Facebook.
Dari paras rupanya tiada langsung riak seorang penipu. Orang dari Aceh, Indonesia. Tudungnya labuh seperti telekung! Malangnya bertopengkan syaitan.
Ini wajahnya tatkala di rumah kami. Katanya dah tujuh tahun kerja di Sg Siput, Ipoh. Tapi saya dah check, itu semua auta.
Ini details suami bibik tak guna itu. Siapa yang di Indonesia boleh hambat suaminya dan pulangkan semula RM3,500 yang suami saya transfer untuk kos kapal, makan minum bagai untuk dia ke rumah saya. Nak pakai duit buat lebaran katanya. Tak sempat nak tolak gaji, bibiknya dah lari. Never trust them!
Ini akaun bank dia. Patutlah mendesak sangat nak payment. Transfer Western Union after 15 minit, terus claim duitnya. Kita call Western Union untuk cancel the transaction pun, diorang tak dapat buat apa-apa.
Sumber: Aisyah Basirah