Loading...
TR

(Video) Isteri cuba halang suspek tetak suaminya berkali-kali


Seorang lelaki cedera parah akibat ditetak dengan parang beberapa kali ketika sedang berjalan bersama isterinya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3:40 petang kelmarin di Taman Pertama, Ipoh, mangsa sebelum itu bersama dengan isterinya mahu memasuki kenderaan yang diparkir di hadapan premis perniagaannya, kafe siber. 

Namun secara tiba-tiba suspek yang memakai helmet dan penutup muka datang menyerang dan menetaknya dengan parang sebanyak lima kali di hadapan isterinya. 

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan viral di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu dan menyoal siasat mangsa dan isterinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun. 

Tetapi keadaan mangsa terlalu lemah dan perlu menjalani pembedahan segera. Isteri mangsa menjelaskan dia cuba menyelamatkan suaminya ketika itu dan tidak dapat mengecam wajah suspek yang memakai penutup muka. Namun dia mengesyaki kejadian itu ada berkaitan dengan perniagaan suaminya. 

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka sepanjang 7 sentimeter dan kedalaman 4 sentimeter sehingga menampakkan tulang rusuknya. Selain itu, kaki mangsa juga mengalami kecederaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengenal pasti dan mengesan suspek. 



Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan berani isteri mangsa yang cuba menghalang suspek dari terus menetak suaminya. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.