Loading...
TR

Suami mengamuk tumbuk, tendang & baling 'barbell' pada isteri, anak


Seorang lelaki tergamak menumbuk, menendang dan membaling isterinya dengan besi pengangkat piring angkat berat atau barbell ketika mengamuk. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10:45 malam semalam di Kampung Tabanak, Lahad Datu, suspek berusia 36 tahun yang pernah berkahwin tujuh kali itu, ditahan sepasukan polis dan barbell yang digunakan turut dirampas. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah memukul isterinya yang berusia 26 tahun. 

Dalam kejadian pertama, suspek mengamuk dan memukul mangsa serta anaknya sendiri dengan barbell dan membaling benda yang sama ke arah isterinya. 

Tindakan kejam suspek itu menyebabkan mamngsa lebam di badan dan kaki, manakala anaknya cedera di rusuk kanan dan kaki. 

Kejadian kedua pula berlaku pada jam 7:00 petang semalam di mana suspek mengamuk dan melemparkan kata-kata kesat.

Mangsa yang bimbang dicederakan lagi bertindak melarikan diri dan membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek dan objek yang digunakannya untuk menyerang mangsa serta dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. 

Siasatan lanjut juga mendapati, perkahwinan itu merupakan perkahwinan kedua mangsa yang juga mengaku pernah dipukul suspek sebelum ini tetapi tidak melaporkannya kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.