"Realiti di sekolah pedalaman," demikian kata Cikgu Fr yang memuat naik gambar seorang murid lelaki yang memakai seluar koyak membuatkan netizen sedih melihat keadaannya itu.
Menurut Cikgu Fr, sekolah-sekolah pedalaman selalu dianaktirikan, tetapi pihak atasan mahu keputusan akademiknya sama seperti sekolah bandar.
"Sabar ye, nanti cikgu belikan kau pakaian baru next week. Maklumlah, menteri kita sekarang ini sanggup bagi sumbangan kat sekolah cina yang serba lengkap (ada lif lagi) tu dari sekolah-sekolah pedalaman ni.
"Tapi nak results sama macam diorang kan. Sabar, semangat nak ilmu itu cikgu puji," katanya di Twitter.
Sabar ye, nanti cikgu belikan kau pakaian baru next week. Maklumlah, menteri kita sekarang ni sanggup bagi sumbangan kt sekolah2 cina yg serba lengkap (ada lif lagi) tu dari sekolah2 pedalaman ni. Tapi nk results sama mcm dorang kan. Sabar...🙏🙏🙏 Semangat nk ilmu tu cigu puji👍 pic.twitter.com/3atxfhzsdb— FR®モハマドフアド (@cikgu_fr) April 17, 2019
Jelasnya lagi, itu belum termasuk masalah bangunan sekolah berasaskan kayu yang tidak kondusif serta menanti masa untuk roboh.
"Belum masuk lagi bangunan kelas kayu yang tidak kondusif, menanti roboh saja lagi ni. Bila sekolah pohon, ada saja alasan kekangan kewangan dari kementerian.
Sementara itu, netizen kagum dengan murid berkenaan. Biarpun keadaannya begitu, namun dia tetap mahu datang ke sekolah untuk menimba ilmu.
Netizen berharap, ada pihak yang menyampaikan perkara itu kepada Menteri Pendidikan agar bantuan dapat disalurkan kepada golongan murid yang tidak berkemampuan.
Sumber: @Cikgu_Fr