Difahamkan, mangsa membeli tiket untuk perjalanan dari Alor Setar menuju ke destinasi, Kuantan. Malangnya, mangsa telah dihalau keluar dari bas dan ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Sungai Petani atas sebab-sebab yang tidak munasabah.
Menurut mangsa yang tidak didedahkan identitinya berkata, pekerja terbabit juga membakar tiketnya yang dipercayai mahu menghilangkan bukti.
"Pesanan buat rakan-rakan, jangan beli (guna perkhidmatan bas ini kalau tak nak menyesal.
"Ceritanya, aku beli tiket bas syarikat itu kemaqin. Selepas itu, tadi aku naik bas dan duduk di tempat aku seperti biasa. Tiba-tiba datang seorang pekerja minta aku bangun seketika, nak atur balik tempat duduk katanya.
Semalam kawan saya otw balik U naik bas syarikat A-Class. End up kena halau dari bas. Tiket pun dibakar oleh staf bas sebab nak hapus bukti kot.— Ahsanul Fikri (@acanul_) March 31, 2019
Bas A-Class nombor plat TCA 8389.
Details cerita dalam gambar. Mohon sebarkan supaya orang lain tak jadi mangsa jugak. Beware. pic.twitter.com/tbSidzDKID
"Aku pun bangun saja, kemudian dia kata, "Turun jap adik" dan aku mula rasa pelik. Kenapa pula nak kena turun kalau sekadar nak atur tempat duduk?
"Aku pun ikut saja, turun dari bas. Selepas itu pekerja itu kata, "Adik, tempat adik ada kat tangga ni".
"Siapa tak geram?! Aku berkeras, aku kata "Bang, saya bayar untuk seat, bukan untuk tangga.", Kemudian dalam 10 minit aku seorang bertikam lidah dengan empat orang pekerja bas itu dan akhirnya aku mengalah.
"Sebelum itu dia ambil dan bakar tiket aku sebab nak hapuskan bahan bukti. Last sekali aku kena halau, turun di tengah jalan.
Ni video masa kena tinggal tepi jalan malam-malam. Dah la sorang diri. Haihh. pic.twitter.com/NzJU7tibdM
— Ahsanul Fikri (@acanul_) March 31, 2019"Terlupa nak cerita, sebelum perjalanan itu aku nampak para pekerja itu menjual bungkusan-bungkusan yang mereka panggil 'barang', selepas itu dapat beratus-ratus. Agak-agak apa eh?" katanya.
Susulan itu, netizen menyuarakan kebimbangan mereka menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku.
Sumber: Ahsanul Fikri