Rasa sedih dan sebak membaca luahan si ibu yang kehilangan anaknya yang berusia dua tahun, meninggal dunia kerana tumor.
Pada awalnya, ibu bapa kepada Clara Nur Adriana Dahlia, tidak menyedari perkara itu walaupun sudah berulangkali anak kecil itu dihantar klinik untuk mengenalpasti punca dia muntah dan tidak bertenaga.
14 Januari 2019 - Isnin
Di sini bermulanya anak syurga mama sakit. Ayah (Tok Ayah) call mama cakap Arra muntah-muntah sampai lembik. Mama terus EL, balik ke rumah dan bawa Arra pergi ke klinik.
Sampai di kedai Tokpa, Arra dah start hyper balik tak macam demam. Tetapi badannya panas. Bawa pergi ke klinik di area IM8, doktor periksa suhu badan Arra, tak demam pun.
Mama pelik tetapi bila doktor kata anak mama tak demam, mama pun okey saja. Doktor cuma bagi vitamin sahaja. Ubat demam ke apa ke, tak diberi. Haih.
15 Januari 2019 - Selasa
Arra dah start lemah tetapi anak mama tetap kuatkan diri untuk melihat wajah-wajah orang yang dia sayang.
16 Januari 2019 - Rabu
Mama bawa Arra pergi ke klinik pakar kanak-kanak di Jalan Beserah. Better sikilah dari IM8. Dapat detect Arra kena jangkitan paru-paru. Jadi, doktor bagi ubat semua. Mama pun okeylah, dah tahu Arra sakit apa dan doktor beri ubat dengan harapan anak mama sihat selepas itu.
17 Januari 2019 - Khamis
Arra demam on off.
18 Januari 2019 - Jumaat
Demam Arra masih on off. Masa ini Arra dah tak ada selera nak makan dan minum. Macam-macam yag mama buat tetapi boleh nak bagi ada selera. Selepas minum susu, mesti Arra muntah.
19-23 Januari 2019
Ya, dah okey tapi demamnya masih lagi on off, kerap muntah, apa yang dimakannya semua keluar semula. Tetapi dia ada tenaga nak bergembira dengan kami semua.
24 Januari 2019 - 1 Februari 2019
Demamnya masih on off. Sekejap ada tenaga, sekejap munta, sekejap demam on off. Dibawa pergi ke klinik, periksa darah semua okey. Tetapi doktor tak dapat kesan penyakit Arra. Minta klinik buat surat dirujukkan ke hospital.
2 Februari 2019 -Sabtu
Mama bawa Arra pergi KMC sebab Arra tak baik-baik lagi dari awal. Pergi KMC, mama check semua doktor cakap benda sama, jangkitan kuman dalam paru-paru dan mama tanya kenapa Arra selalu cakap dia sakit di bahagian belakang kepala dia.
Doktor cuma cakap, biasalah budak-budak akan mengadu sakit dan budak tidak reti apa itu sakit.
Mama pun ye kan saja sebab kalau dah doktor kata begitu. Mama minta Arra dimasukkan ke wad pun doktor tak nak. Kesian anak mama, kalaulah masa itu mama tahu awak ada sakit tumor, mama dah pergi awal-awal.
Mama tak puas hati, ajak papa pergi UiA untuk masukkan Arra ke wad dengan niat mama nak masuk antibiotik dan masuk air dalam badan Arra. Masa itu, Arra peluk tokma dengan mak eratnya macam tak nak lepas. Mungkin anak mama dah tahu masanya akan sampai. Patutlah Arra tak nak mama papa. Papa terpaksa tinggal Arra sebab papa ada katering masa itu.
9 Februari 2019 - Sabtu 3:00 pagi
Mama pun dah kena warded ada katil semua itu. Arra mengadu sakit tangan sebab dicucuk. Mama pun usap tangan Arra. Mama peluk Arra dan kali terakhir Arra panggil mama dengan raut wajah Arra membuatkan mama menyesal. Tak tahu kenapa mama tak dapat tahu Arra dah lama sakit. Mama dodoi Arra sampai tidur.
Pagi selepas subuh, doktor datang periksa Arra. Masa ini Arra okey lagi. Tiba-tiba Arra sawan dan terus flat. Ya Allah, masa ini mama rasa nak tukar diri itu dengan Arra. Seksanya anak mama bersirat wayar, kena cucuk sana sini. Doktor bagi bantuan pernafasan, Arra dah tak sedar.
Jam 12:00 tengah hari, Arra buat CT Scan. Selesai semua, doktor beritahu Arra tak ada apa-apa, Arra okey, cuma Arra tak sedar itu sebab kesan dari serangan sawan tadi.
Arra dipindahkan ke HTAA. Di sana, keadaan Arra sudah kritikal. Allahu sayang. Seksanya kamu wahai bidadari syurgaku.
Di HTAA lah kami semua dapat tahu yang Arra ada tumor. Bayangkan betapa sakitnya anak mama.
Doktor kata, nak buat pembedahan ke atas Arra, tetapi doktor beritahu kalau dibedah pun, Arra tetap akan pergi.
Mama redha. Dari pagi itu sampailah ke malam mama tunggu Arra sedar, tetapi tiada. Arra tidur saja. Sedih hati mama melihat keadaan Arra di PICU itu. Mama tak jauh pun dengan Arra, mama duduk dekat dengan Arra.
Jam 11:00 pagi, doktor panggil mama dan papa naik PICU sebab Arra dah nazak. Ya Allah, lagi naik gila mama. Dalam hati minta-mintalah ada keajaiban yang berlaku. Tetapi Allah lebih sayangkan bidadari syurga ini.
Jam 11:20 pagi, Arra hembuskan nafas terakhirnya di dakapan mama. Mama bersyukur Arra hembuskan nafas terakhir Arra di atas mama.
#rinduanaksyurgaku
#alfatihah
07/06/2017 - 09/02/2019
Clara Nur Adriana Dahlia
Takziah buat keluarga arwah Clara. Semoga bertabah dengan ujian dan dugaan ini.
Kepada golongan ibu bapa, pekalah dengan tahap kesihatan anak masing-masing dan tidak memandang remeh jika anak kurang sihat. Segera bawa mereka ke klinik/hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Sumber: Asyiqin Aizam