Setiap pasangan inginkan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Hanya ajal dan maut yang memisahkan antara mereka. Tidak ada siapa yang mampu menidakkan situasi sebegini kerana kita hanya merancang.
Perkahwinan pasangan ini baru sahaja genap sebulan pada hari ini. Tetapi tidak disangka ujian hebat yang perlu ditanggung oleh si suami. Ketika suami di luar sana sedang berbahagia bersama isteri dan anak-anak, lelaki ini menanggung kesedihan di atas kehilangan isteri tersayang.
Isterinya Allahyarham Norhijrah Hussin meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Satu nukilan khas yang ditulis kepada si isteri melalui perkongsian di Facebook meruntun hati netizen.
AL-FATIHAH buat isteriku yang tersayang. Semoga damai di sana. Maafkan abang atas apa jua kesalahan abang selama perkahwinan yang singkat ini.
Hari ini 30.04.2019 genap sudah sebulan perkahwinan kita. Abang bersyukur diberikan kebahagiaan walaupun hanya sementara kerana sayang sudah pergi selamanya.
10 tahun sayang persembahkan kesetiaan. Abang sangat terharu jarang ada wanita sehebat sayang. Abang nikahi sayang kerana sesungguhnya yang mendalam.
Tapi kini abang dah kehilangan kerana Tuhan lebih menyayangi sayang. Abang dah izinkan segalanya. Abang redha ke atas yang maha kuasa. Abang berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan impian sayang walaupun sayang sudah tiada.
Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Amin. Arwah isteriku Norhijrah Hussin.
Sumber: Sukardi Otai