Loading...
TR

'Eh? Nampak tak benda tu melambai tadi?'

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.


Cerita ini berlaku masa saya dalam perjalanan pulang ke kampung dari Shah Alam ke Pahang. Hari itu Jumaat, jam 11:00 malam. Saya dengan tunang saya suka balik kampung naik motosikal pada waktu malam sebab tak panas. Lagipun baru balik kerja, terus gerak ke kampung. 

Kejadian ini bermula selepas kitorang menyambung perjalanan dari Tol Gombak. Kitorang masuk ke Lebuhraya Karak. 

Jam 12:00 pagi, tak banyak kenderaan di lebuhraya. Yang ada pun sebuah dua sahaja, hanya kitorang saja yang menaiki motosikal. 

Sampai di satu jalan ini, ada sebuah kereta memintas kitorang. Di kiri dan kanan, hanya ada pokok, dah nama pun Lebuhraya Karak. 

Tidak berapa lama selepas itu, saya terhidu bau sesuatu iaitu bau bunga yang selalu ditanam di kawasan perkuburan. Saya hanya mendiamkan diri. 

Selang beberapa minit kemudian, terhidu pula bau kemenyan. Kalau bau bunga, saya masih boleh positif. Tetapi bau kemenyan? Tak tahulah, takkan nak cakap bau itu dari pokok berhampiran? 

Saya pandang ke belakang, nak ambil air yang diletakkan dalam poket beg pakaian. Tiba-tiba saya ternampak ada kereta jenazah. Bukan van, tetapi kenderaan itu kelihatan seperti Toyota Estima. Tunang pula kata itu Toyota Avanza. Tapi lebih kurang itulah bentuk kereta itu yang lalu di tepi kitorang dan saya nampak tulisan jawi di tepinya dan memang sah kereta jenazah. 

Waktu itu, tunang saya gatal mulut pun tegur, "Eh tengok tu". Ya Allah, rasa nak tekup je mulut di masa tu tak bagi dia tegur. 

Selepas kereta itu lalu, motosikal kami pula terasa berat sangat. Saya baca macam-macam surah, cuma doa makan je tak baca. Makin saya baca, makin angin menolak kitorang ke tepi dan hampir saja terlanggar divider jalan di sebelah kiri. Di bawah itu yang kitorang nampak gaung, dalam sangat.

Kitorang pun meneruskan perjalanan dan ditakdirkan lagi bertemu dengan kereta itu tadi. Cuba follow tetapi kereta itu hilang secara tiba-tiba. Sedangkan lebuhraya mana ada kiri kanan. Nak kata kereta itu masuk ke simpang Genting, jauh lagi dalam beberapa kilometer. Tetapi kereta itu memang hilang. 

Sampai di Bentong, ingatkan nak isi minyak di Shell Bentong, tapi terlepas. Kebetulan di depan ada Stesen Petronas, kitorang pun singgahlah di situ. Dah siap isi, berehat sekejap di tepi jalan.

Di depan Petronas itu ada sebuah rumah terbengkalai, gelap sangat dan masa itu terhidu bau air limbah, air longkang yang busuk sangat. Saya ajak tunang gerak cepat-cepat sebab takut dan perjalanan pun masih jauh nak sampai ke kampung. 

Kitorang selamat sampai ke Bandar Raub. Saya dah start pesan pada tunang kalau nampak apa-apa jangan ditegur. Perjalanan ke kampung saya di FELDA dalam 3 kilometer.

Jam 2:00 pagi, saya ternampak lembaga hitam di jalan. Saya positif itu adalah orang. Di sebelah kanan ada sebuah pondok dalam ladang sawit. Saya nampak orang itu menebas. Saya istighfar.

Sampai di rumah, tunang tanya ada nampak tak lembaga hitam yang melambai pada dia tadi. Saya kata tak nampak. Dia seorang saja yang nampak. Masa itu hati saya dah berdebar, nak masuk ke rumah pun takut sebab dalam rumah ada ramai anak buah yang sedang tidur. Takut diorang pula yang kena kacau nanti. 

Keesokan harinya, tunang saya demam, makan tapi muntah-muntah. Tengah hari itu dia berselubung dengan selimut sampai ke malam. Jam 8:00 malam, mak suruh dia makan pun dia tak nak.

Saya suruh dia ambil wuduk dan dia pun akur. Baru saja keluar dari bilik air, dia dah muntah-muntah teruk. Selepas beberapa minit kemudian, barulah dia stabil. 

Ingatkan sampai di situ saja, rupa-rupanya saya pula yang pening selepas itu, nak muntah, nak marah-marah, semuanyua ada. Last-last saya sapu minyak rukiyah, baru saya rasa okey.

Sampai ke hari ini saya masih terfikir, ke mana perginya kereta jenazah itu yang lalu di jalan lurus tetapi hilang secara tiba-tiba, kenapa bila kereta itu lalu tiba-tiba motosikal kitorang jadi berat dan ditolak angin. 

Kepada yang menggunakan Lebuhraya Karak di waktu malam, berhati-hatilah. Mungkin pengalaman saya ini tidak menyeramkan korang tetapi seram pada saya. Sekian.

Sumber: Syaziela Zulkefli

Hantarkan kisah seram anda ke emel thereportermyofficial@gmail.com

About Cite Malaya

Powered by Blogger.