Dalam kejadian yang berlaku di Johor Jaya itu, Eryn Yusoff Nory mendakwa kucing itu diperlakukan sedemikian hanya kerana haiwan itu mengganggu burung peliharaan jirannya.
"Kesian, kesian sebab ada manusia yang tak ada hati perut macam jiran aku ini. Aku tak faham apa salah si bulus ini sampai diperlakukan macam ni sekali.
"Kalau dia kacau burung-burung kau dalam sangkar pun, cukuplah sekadar kau halau saja. Ini tidak, tergamak kau jerut leher dia, lepas itu kau gantung tali itu sampai si bulus comel ini mati dalam keadaan berdiri macam ni. Sampai hati kau kan?
"Buat si bulus, esok pagi (hari ini) aku semadikan kau ye. Tengah-tengah pagi ini, kalau aku mencangkul, kang macam seram pula," katanya.