Loading...
TR

Datuk Seri mana yang kena cekup khalwat di Pulau Perhentian?


Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan pasangannya dicekup khalwat dalam operasi bersepadu di Pulau Perhentian semalam, lapor Harian Metro

Serbuan itu dilakukan selepas pihak Pejabat Agama Besut menerima maklumat awam yang memaklumkan kehadiran pasangan itu dari Kuala Lumpur. 

Siasatan awal mendapati, Datuk Seri berusia 40 tahun dan pasangannya, 32 tahun, datang ke pulau peranginan itu kelmarin bersama empat lagi rakan terdiri dari tiga wanita dan seorang lelaki. 

Difahamkan, Datuk Seri berkenaan sudah berkahwin, manakala pasangannya masih bujang.

"Kumpulan berkenaan menyewa tiga bilik diuruskan pengawal peribadi dengan menggunakan nama ejen bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. 

"Pada mulanya kita gagal mengesan mereka kerana tiada nama dalam buku daftar masuk ke chalet tetapi ia terbongkar melalui buku sewaan kayak dan jaket keselamatan.

"Pasangan ini dibawa ke Pejabat Agama Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. 

"Namun mereka dibebaskan dengan bon jaminan sementara menunggu proses pendakwaan di mahkamah," katanya sumber. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.