Loading...
TR

'C'mon la, berapa kali nak cakap?!' - Dari beratus sahabat, kini tinggal 60 saja dalam group sebab ada yang suka kongsi video/gambar tak senonoh


Sudah seringkali diingatkan kepada ahli group WhatsApp agar tidak memuat naik bahan-bahan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih lagi dalam group keluarga, alumni dan yang sewaktu dengannya kerana masing-masing sudah dewasa/berkahwin di mana perangai nakal itu perlulah dikawal. 

Namun masih ada individu yang tidak faham bahasa, giat berkongsi kononnya nak bergurau sesama rakan dalam group tapi tanpa sedar membuatkan ahli group yang lain berasa tidak selesa dan akhir memilih untuk keluar dari group. 

Teguran dari Akhtar Syamir ini wajib disebarkan dalam group WhatsApp agar kesilapan yang sama tidak diulangi berkali-kali. Hormati ahli group yang lain, jangan pentingkan diri dengan mencemarkan group dengan pelbagai bahan yang tidak sepatutnya. 

SEMALAM saya terpaksa luahkan kekecewaan kat group kawan-kawan sekolah. Benda yang sama berulang-kali dilakukan. Bila dinasihat dengan baik, akan berhenti buat benda ni beberapa minggu. Lepas tu akan mula balik.

Tak faham-faham nak hormat orang. Dalam group tu kebanyakannya dah berkahwin dan beranak-pinak. Bukan lelaki je, perempuan pun ramai. Telefon pun kadang-kadang anak ade pegang. Bukan masalah setting auto download ke tidak. Walaupun saya sendiri tak set auto download, tapi untuk yang suka set auto download dah tentu sangat-sangat menyusahkan.

Leceh yang amat sangat nak menjawab dengan pasangan bila adanya gambar-gambar sebegini keluar kita memang tak download, tapi persepsi pasangan terhadap kawan-kawan kita pasti jadi serong. Mereka pasti tertanya-tanya kenapa pasangan mereka berkawan dengan orang sebegini? Bila ahli group itu wanita dan suami dia sendiri yang tengok, memang takkan lama. Mesti akan left group. Tak berbaloi bertengkar dan bermasam muka kerana orang lain.


Kalau tak hormat kawan-kawan pun, tak rasa bersalah ke kat isteri sendiri? Isteri mana yang suka suami kongsi gambar-gambar perempuan lain? Tak kiralah posisi atau caption apa sekali pun. Tak pernah ke terfikir yang apa yang dibuat tu salah? Apa yang seronoknya melayan nafsu mata dengan perempuan lain? Anak dah berderet, nak menggatal apa lagi? Konon nak ikut sunnah Nabi kahwin 4. Kalau dah rasa mampu sangat, silakan. Tapi sunnah lain buatlah juga. Share gambar perempuan lain, zina mata ni semua sunnah juga ke?

Jangan ingat orang yang tak suka buat jahat ini tak sporting. Itu alasan hina untuk terus buat benda yang rosak ini.

Bukan mudah nak mengekalkan silaturrahim dengan sahabat masa sekolah dulu. Kali terakhir persekolahan untuk saya ialah 22 tahun yang lalu. Dari beratus-ratus sahabat masa sekolah dulu, ada hampir 60 je dalam group tu. Itu sahaja yang tinggal sebagai penghubung kepada memori indah, suka dan duka zaman persekolahan. 



Pengalaman sebegitu kita takkan dapat ulangi lagi. Kita bukan ada mesin masa yang boleh patah balik dan lalui semula benda itu semua. Bila kita tengok seorang sahabat, semua kenangan yang berdekatan dengan dia kita akan dapat ingat dan rasakan. Kalau perhubungan itu dah hilang? Lama-kelamaan memori itu akan lenyap buat selamanya.

Ambillah iktibar dari perkara ini. Makin lama makin berkurang sahabat dalan group disebabkan hal ini. Di platform lain bukan senang nak berkumpul. Janganlah pentingkan diri dan nafsu sendiri. Berhenti mengajak orang lain ke jalan yang mungkar. Hormati orang sekeliling dan hormatilah isteri sendiri.

Kalau betul-betul tak boleh tinggalkan gambar wanita lain yang cantik yang seksi dan video porno yang dirasakan perlu sangat untuk dikongsi itu, silalah undur diri. Layanlah seorang-seorang. Jangan sibuk nak ajak orang lain.

Kepada suami orang yang masih berperangai sebegini. Kamu memang sampah yang menyusahkan. Kepada ahli group yang ada orang sebegini, nasihatlah baik-baik. Kalau tak boleh berubah, fikirlah sama ada nak kehilangan 50 sahabat, atau nak kehilangan 2, 3 orang yang tak faham bahasa. Pilihan di tangan anda.

Saya pasti masalah ini sering berlaku kepada ramai orang. Jadi, tolong SHARE post ini supaya ramai orang yang berperangai seperti ini faham betapa mereka telah menyusahkan dan memutuskan hubungan di kalangan sahabat mereka.

Korang punya group ade tak jadi macam ni?

Saya pernah buat satu penulisan mengenai hal ini juga sebelum ini.

http://bit.ly/2UrnYsp

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Klik ➡️ t.me/broohsemfans ⬅️

About Cite Malaya

Powered by Blogger.