Loading...
TR

Berkat kejujuran pulangkan dompet berisi RM12,100, pemilik tanggung kos pembedahan anak lelaki miskin ini RM242,900


Seorang lelaki miskin terjumpa dompet yang berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100) di tepi jalan membuatkan dia menyangka itu adalah rezeki pemberian tuhan. 

Tambahan pula pada ketika itu, Tang Shaolong dari Jining, Shandong, China, terdesak memerlukan wang bagi membiayai kos pemindahan sum-sum tulang anak lelakinya yang berusia dua tahun, menghidap sindrom hemofagositik. 

Tan menemui dompet itu berhampiran hospital ketika dia keluar untuk membeli makanan. Terdapat wang tunai berjumlah 20,000 yuan beserta dengan kad bank, kad perniagaan dan lesen memandu. 

Difahamkan, Tang telah membayar 200,000 yuan (RM121,400) dari kos operasi pemindahan itu yang berjumlah 400,000 yuan (RM242,900). 


"Sejujurnya saya sangat gembira menemui wang begitu banyak. Saya fikir ia pemberian Tuhan yang mengetahui saya berasa risau kerana kekurangan wang untuk menyelamatkan nyawa anak saya dan ia mungkin membantu saya. 

"Tetapi serentak itu saya terfikir, wang itu dijumpai berhampiran hospital dan mungkin simpanan seseorang yang amat memerlukannya," katanya. 

Enggan mengambil kesempatan itu, Tang mengambil keputusan untuk mengembalikan wang itu kepada pemiliknya, Ding Yilong, seorang penanam sayur. 


Ding yang gembira dompetnya ditemui semula mahu memberi ganjaran wang tunai kepada Tan, namun ditolak. Justeru, Ding cuba membantu Tang membiayai kos pembedahan anaknya dengan mendermakan hampir 200 tan lobak untuk dijual. 

Cerita mengenai merkea kemudian muncul di akhbar Qilu Evening News pada Ahad dan sayur-sayuran mereka habis dijual menjelang Selasa dan memperolehi hasil sebanyak 500,000 yuan (RM303,600) sekali gus dapat menanggung kos pembedahan anak Tang. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.