Loading...
TR

Baru sebulan lebih bekerja, amah tikam & kelar leher majikan kerana 'homesick'


Setelah sebulan bekerja di rumah sebuah keluarga di Telok Kurau, pembantu rumah warga Indonesia ini rindukan kampungnya (homesick) dan memaklumkan kepada teman lelakinya yang berada di Hong Kong bahawa dia merancang untuk membunuh majikannya. 

Daryati, 26, mahu mendapatkan semula pasport dan mencuri wang majikannya untuk pulang ke Indonesia, pendakwa raya memberitahu Mahkamah Tinggi semalam pada hari pertama perbicaraan kes pembunuhan itu. 

Daryati berdepan dengan hukuman mati kerana menikam dan mengelar leher Seow Kim Choo, 59, pada 7 Jun 2016, meninggalkan 98 kesan tikaman. 

Dalam pembukaan kes terhadap tertuduh, pendakwa memetik kata-kata yang ditulis tertuduh dalam buku diarinya. 

"Saya mesti melaksanakan plan ini secepat mungkin. Saya perlu berani biarpun nyawa saya menjadi pertaruhan. Keluarga majikan saya adalah sasaran saya. MATI!!!" 

Timbalan Pendakwa Raya Wong Kok Weng berkata, kata-kata itu adalah bukti tertuduh mengaku merancang pembunuhan itu. 

Difahamkan, Daryati mula bekerja dengan keluarga itu pada 13 April 2016. Pasportnya dipegang dan disimpan oleh majikannya dalam bilik utama dan hanya Seow dan suaminya, Ong Thiam Soon yang mempunyai kunci bilik itu. 

Menurut Pendakwa Raya, Daryati pada awalnya merancang untuk membunuh mangsa pada 12 Mei. Dia juga meminta seorang pembantu rumah lain untuk membantunya, tetapi tidak menyatakan plan itu melibatkan pembunuhan. 

Daryati memberitahu rakan sekerjanya yang juga berasal dari Indonesia, Don Hayati, 27, untuk mematikan kamera litar tersembunyi (CCTV) dan bekalan elektrik agar mereka dapat mencuri wang dan melarikan dri ketika majikan mereka, Ong, sedang berusaha mendapatkan semula bekalan elektrik. 

Namun pada 7 Jun, Daryati mula melaksanakan rancangannya itu. Dia pergi ke bilik utama dan meminta Hayati menjaga bahagian bawah. 

Selepas menyerahkan sepasang seluar kepada mangsa, Daryati terus mengeluarkan pisau dan meminta pasportnya. Soew yang terkejut terus menjerit dan Daryati segera mengheretnya ke tandas, pintu ditutup lalu dia mengelar dan menikam leher, kepala dan muka sehingga mangsa hilang nyawa. 

Daryati kemudian mengambil pisau yang disembunyikannya di bawah sinki dan menikam mangsa di leher sehingga mangsa benar-benar tidak bernyawa. 

Pada waktu itu, suami mangsa, Ong, berada di dalam bilik dan memanggil isterinya, tetapi tiada sebarang respon. Ong kemudian cuba membuka pintu menggunakan alat pemutar skru tetapi secara tiba-tiba ditikam oleh Daryati di bahagian leher sebaik saja dia berjaya membuka pintu itu. 

Ong berjaya menahan Daryati lalu dibawa ke pintu utama. 


Paramedik mengesahkan Seow meninggal dunia di tempat kejadian. Laporan bedah siasat memaklumkan mangsa mati akibat luka ditikam di kepala dan leher. 

Laporan psikiatri pula mengatakan, Daryati mempunyai gangguan penyesuaian diri tetapi perkara itu tidak dapat dijadikan sebagai alasan untuk dia melepaskan diri. 

Daryati kini berdepan dengan tuduhan kedua kerana cuba membunuh Ong. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.