Loading...
TR

'Ada patient mati sebab heart attack tengok gambar tu' - Netizen selar individu upload gambar tangan berlubang di media sosial


Tidak dinafikan sememangnya geli mata melihat gambar-gambar badan manusia yang dipenuhi dengan lubang-lubang di mana di dalamnya kelihatan seperti ada ulat. 

Ramai yang tahu bahawa gambar seperti itu bukanlah gambar sebenar. Sebaliknya disunting (bunga teratai ditempel pada gambar anggota badan manusia) bagi menimbulkan rasa meremang di kalangan netizen yang melihatnya. Tetapi tahukah anda? Tindakan seperti itu boleh menyebabkan seseorang yang menghidap trypophobia itu terjejas teruk? 

Bagi anda, mungkin tiada apa-apa. Tetapi bagi golongan ini, ia boleh mendatangkan kesan dan akibat yang sangat buruk.

Semalam, seorang pengguna Twitter menyeru orang ramai tidak lagi memuat naik gambar seperti itu kerana rakannya mengalami trauma teruk selepas melihat gambar tersebut. 



"Boleh tak semua (tolong) stop post tangan berlubang tu? Korang post, retweet memanglah okay sebab korang tak rasa kena panic attack tu. Janganlah seksa orang macam tu. 

"Aku je ke okay tengok?"
"Aku je ke tak meremang?"
"Aku je ke suka?" 

"Eh babi! Stop all that shit boleh tak? Kesian dekat orang lain. Common sense pun susah ke? Halamak. Tryophobia itu wujud ye, common sense takde ke ha? Goblok, anjir," katanya.



Berkongsi pengalaman yang sama, Adnan Hisham berkata, sewaktu dia berada di tingkatan tiga pernah ditunjukkan gambar seperti itu oleh rakannya. 

"Dari kelas sampai hostel, aku jadi macam orang gila tergaru-garu sebab teringat benda tu. Please sahabat dunia maya, hentikan dan tanamkan sifat common sense.

"Kepada yang tak rasa tyrophobia ini, korang bertuah. Kitorang yang merasa ini seksa gila. Harap fahamlah. 

"Sampai sekarang rasa fobia. Sometimes rasa macam nak bunuh diri. Lantaklah nak cakap aku over ke apa tetapi sumpah benda-benda ini memang f**ked up," katanya. 



Ramai lagi netizen kongsi pengalaman dan kesan pada diri mereka. 







Cara mengatasinya?





About Cite Malaya

Powered by Blogger.