Video yang dimuat naik di Facebook Kuching Talk sejak 5 Februari lalu telah ditonton 1.2 juta kali, menunjukkan pembantu rumah warga asing itu ditemani oleh keluarga majikannya di lapangan terbang.
Difahamkan, pembantu rumah itu pulang ke kampungnya tanpa dimaklumkan lokasi sebenar. Pemergian wanita itu membuatkan kanak-kanak perempuan itu sedih dan menangis kerana terpaksa berpisah.
Kedua-duanya berpelukan dan menangis bersama-sama sementara si ibu cuba menenangkan anak perempuannya itu.
Si ibu yang melihat keadaan itu turut sebak dan menangis.
Tidak dinafikan ada pembantu rumah yang sangat rapat dengan anak-anak majikannya sehingga menganggap mereka seperti keluarga sendiri.