Penyanyi Aiman Tino, 21, hari ini tampil menafikan bahawa lelaki yang tidak berpakaian dalam video viral di media sosial itu bukan dirinya.
"Saya baru berkesempatan menonton video itu hari ini dan ia bukan saya. Dari segi bentuk tubuh pun berbeza kerana saya tidak ada six pack seperti lelaki dalam video itu," katanya.
Ada netizen mendakwa, latar belakang bilik itu sama seperti latar belakang biliknya ketika ditemubual suatu ketika dahulu. Tetapi Aiman menafikannya.
"Saya tak tahu bagaimana mereka lakukan. Sebenarnya bilik saya penuh dengan almari dan katil. Tak ada langsung posisi yang boleh diambil untuk sudut seperti dalam video itu.
"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang mahu menjatuhkan saya atau apa. Selama tiga hari saya berdiam diri kerana tidak berani untuk keluarkan sebarang kenyataan yang dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan.
"Tidak tergamak saya melakukan gimik yang boleh memalukan diri sendiri. Ia hanya kebetulan dan berlaku ketika lagu ini baru dilancarkan.
"Terima kasih kepada peminat yang memberikan kata-kata semangat dan tidak terus menjatuhkan hukum.
Sumber: Harian Metro
BERITA BERKAITAN: