Loading...
TR

Mangsa rogol bakar perogol sampai mati


Seorang wanita yang menjadi mangsa rogol bertindak membunuh perogol terbabit dengan mengheretnya ke dalam api dalam kejadian di Kolkata, India, Rabu. 

Mangsa mengalami luka kesan terbakar di wajah dan tangannya, manakala lelaki terbabit mati di hospital akibat kecederaan parah. 

Balu berusia 35 tahun itu berkata, suspek, 42, menyerang dan merogolnya di rumah di utara Kolkata, timur India pada Isnin lalu ketika anak-anak perempuannya keluar. 

"Lelaki itu kemudian menyimbah minyak pada mangsa dan membakarnya," kata Pegawai Polis Sajal Kanti Biswas kepada AFP. 

India mempunyai rekod keganasan seksual yang sangat tinggi dan secara puratanya, lebih daripada 100 kes rogol dilaporkan setiap hari pada 2016, menurut angka rasmi dari pihak berkuasa baru-baru ini. 

Mangsa-mangsa rogol selalu diugut atau diancam oleh pelaku sekiranya melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. 

Sistem kehakiman dan kepolisan yang lemah juga gagal membantu memberi keadilan kepada mangsa. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.