Bintang Hollywood, George Clooney menggesa orang ramai memboikot sembilan hotel milik Brunei dan bantahan itu ditulis di laman web Deadline Hollywood.
George bertindak sedemikian kerana membantah Brunei yang akan melaksanakan hukuman sebat tau direjam sampai mati terhadap golongan seks sejenis dan pesalah zina yang akan mula dilaksanakan pada 3 April ini.
"Setiap kali kita menggunakan mana-mana sembilan hotel ini, kita memberi keuntungan terus ke dalam poket individu yang memilih untuk melaksanakan hukuman sebat dan rejam rakyatnya kerana menjadi gay atau dituduh berzina," tulisnya.
Difahamkan, Brunei memilik sembilan buah hotel di Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Itali.
Terdahulu, media melaporkan Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah itu dalam tiga fasa di mana fasa pertama telah dilaksanakan pada Mei 2014 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara bagi kesalaham hamil anak luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan lain selain Islam.
Fasa kedua dan ketiga pula terpaksa ditangguhkan kerana mendapat bantahan masyarakat antarabangsa.
Fasa kedua dan ketiga, undang-undang syariah itu memperuntukkan pesalah disebat atau direjam dengan batu sampai mati terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan zina, liwat dan rogol serta kesalahan lain seperti minum arak dan mencuri.
Sumber: Harian Metro