Loading...
TR

'Kita sepatutnya dah sampai di hospital' - Anak dakwa bapanya meninggal disebabkan ambulans singgah isi petrol di stesen minyak


Isnin, 11 Mac lalu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Lai Kim, meninggal dunia dalam ambulans berikutan perjalanan ke hospital tergendala. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kuching, Sarawak dan anak mangsa, Fung Ying, kini menuntut penjelasan dari pihak berkuasa berhubung insiden yang telah meragut nyawa bapanya itu. 

Berdasarkan perkongsiannya di Facebook, Fung Ying mendakwa pemandu ambulans itu singgah di sebuah stesen minyak kerana kenderaan itu hampir kehabisan petrol.

"Pagi itu, bapa saya mengalami sakit perut yang luar biasa dan kadar denyutan jantungnya yang tidak normal. 

"Ibu dan adik lelaki saya segera membawanya ke klinik berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Siburan di kawasan kejiranan kami. 

"Keputusan ECG menunjukkan kadar denyutan jantungnya abnormal dan pihak klinik tidak dapat memeriksa masalah sakit perut pesakit kerana kekurangan alat kelengkapan. 

"Doktor kemudian menyarankan bapa saya dipindahkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

"Ambulans tidak dipandu terus ke hospital, malah bunyi sirennya juga tidak diaktifkan. Dengan keadaan bapa saya yang tenat, mereka pergi singgah di Stesen Petronas Siburan untuk mengisi minyak.

"Tetapi ambulans dilanggar oleh lori yang menyebabkan pintu pemandu ambulans tidak dapat ditutup. 

"Menurut ibu saya, bapa masih sedarkan diri ketika kemalangan itu berlaku dan bertanya, "Macam mana boleh kemalangan? Kita sepatutnya sudah sampai di hospital sekarang". Saya percaya ambulans itu banyak menghabiskan masa di stesen minyak tersebut. 

Lebih teruk lagi, Fung Ying mendakwa pemandu dan pembantu perubatan itu pergi membuat laporan polis, meninggalkan bapa saya sakit itu di dalam ambulans bersama dengan keluarganya.

Tiba-tiba bapa Fung Ying tidak memberikan sebarang respon dan dahinya menjadi sejuk.

"Adik saya cepat-cepat meminta bantuan dari pegawai perubatan yang berada di balai polis.

"Dia buat CPR hampir 15 minit pada bapa saya. Tetapi malangnya bapa tak memberikan sebarang respon dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi. 

Selepas seminggu mendiang dikebumikan, keluarga mangsa hanya menerima permohonan maaf dari pihak berkenaan. 

Fung Ying kini menuntut penjelasan dari pihak berkuasa bagi pihak ibunya. Dia turut mempersoalkan Standard Prosedur Kerja (SOP) dari kakitangan terlibat. 

Menurut Fung Ying, bapanya mungkin masih hidup sekiranya ambulans pada hari kejadian tidak singgah di stesen minyak dan ambulans yang disediakan itu berada dalam keadaan lengkap serta bersedia untuk digunakan.

Difahamkan, mangsa diambil oleh pihak ambulans pada jam 8 pagi dan meninggal dunia pada jam 11 pagi.

Pemandu ambulans terbabit tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan mereka menunggu kehadiran ambulans lain untuk membawa pesakit ke hospital. 

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.