Loading...
TR

'Kerajaan wajib haramkan PUBG kerana ia mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan' - Mufti N9


Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berpendapat bahawa permainan PlayerUnknown's Battleground (PUBG) yang semakin diminati golongan muda, perlu diharamkan kerajaan. 

Menurut beliau, permainan itu mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan. Permainan itu juga berisiko memberi kesan terhadap kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 

"Bagi saya, permainan seperti ini sudah lama dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas. 

"Sebagai kerajaan, perhatikanlah baik atau buruk dan sama ada ia sesuai dijadikan sukan elektronik di negara ini," katanya yang turut menambah permain itu tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam.

Selain itu katanya, permainan itu boleh menyebabkan anak muda yang bermain menggunakan komputer riba atau telefon bimbit lalai. 

Justeru, adalah wajib bagi kerajaan untuk mengharamkan PUBG kerana permainan itu boleh menghilangkan perasaan simpati. belas kasihan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tidak mempunyai perasaan murni. 

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Dalam keadaan semasa, jika hukuman mati mahu dihapuskan, tidak mustahil suatu hari nanti senjata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkanlah kesannya," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.