Loading...
TR

Brunei laksanakan hudud 3 April ini, pesalah melakukan seks sejenis akan direjam sampai mati


Bermula 3 April ini, Kerajaan Brunei akan mula menguatkuasakan hukuman sebat atau direjam sehingga mati bagi beberapa kesalahan seksual, termasuk homoseks, zina dan rogol. 

Difahamkan, sebelum ini Sultan Brunei yang juga Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga dasa di mana fasa pertama yang dilaksanakan pada Mei 2014, umat Islam yang melakukan kesalahan hamil luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan lain selain Islam, boleh didenda atau penjara. 

Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan melakukan hubungan seks sejenis di negara itu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun. 

Bagi kesalahan mencuri, jika pelaku didapati bersalah akan berdepan dengan hukuman potong tangan dan kaki. Bagi kesalahan mencuri kali pertama hukumannya adalah potong tangan kanan. Bagi kesalahan kali kedua, pesalah akan dipotong kaki kiri. 

Namun perlaksanaan hukuman hudud ini hanya akan dilaksanakan terhadap Muslim sahaja. 

Menurut pertubuhan hak asasi manusia, perlaksanaan fasa kedua dan ketiga undang-undang Syariah itu membolehkan pesalah disebat atau direjam dengan batu sehingga mati terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan zina, liwat dan rogol serta kesalahan lain seperti minum arak dan mencuri. 

Sebelum ini, Brunei terpaksa menangguhkan perlaksanaan dua fasa terakhir itu pada 2014 susulan mendapat bantahan dari masyarakat antarabangsa. Tetapi, menurut pengasas pertubuhan hak asasi manusia, The Brunei Project, Matthew Woolfe berkata, Brunei mahu melakukan dua fasa itu bermula 3 April ini berdasarkan dokumen kerajaan yang dimuat naik hujung Disember lalu di laman web peguam negara, yang baru disedari minggu ini. 

Brunei mempunyai 400,000 penduduk dengan 67 peratus daripadanya beragama Islam. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.