Loading...
TR

3 maut, 9 cedera dalam kejadian tembakan rambang dalam trem di Utrecht, Netherlands, suspek dipercayai didorong kejadian di Christchurch


Polis Belanda telah mengenal pasti seorang suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan rambang di sebuah trem di Utrecht, Netherlands, yang mengakibatkan tiga orang maut dan sembilan lagi cedera. 

Polis memuat naik gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) trem, suspek, Gokmen Tanis, 37, berasal dari Turki, beberapa minit sebelum kejadian itu yang berlaku pada jam 10.45 pagi hari ini. 


Lelaki bersenjata itu dipercayai tidak bertindak sendirian telah melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kereta merah sebelum kenderaan itu ditemui di Utrecht. 

Sejurus selepas kejadian itu, sepasukan polis bersenjata berkumpul di hadapan sebuah blok kediaman kira-kira 200 meter dari tempat kejadian di mana suspek dipercayai bersembunyi. 

Pada jam 12.30 tengah hari (waktu tempatan), Kerajaan Belanda meningkatkan tahap ancaman keganasan kepada tahap yang paling tinggi dan para penduduk tempatan dinasihatkan untuk tidak keluar dari rumah. 

Difahamkan, suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dengan kes rogol pada 4 Mac lalu. 





Kejadian itu berlaku tiga hari selepas kejadian serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand di mana pengganas dari puak pelampau kulit putih melepaskan tembakan rambang terhadap jemaah masjid menyebabkan 50 orang terbunuh. 

Ketua Agensi Counter-Terrorism Belanda, Pieter-Jaap Aalbersberg berkata, pengumuman tahap ancaman keganasan pada tahap kelima hanya untuk wilayah Utrecht. 

"Suspek masih melarikan diri. Kita tidak menolak kejadian ini mungkin didalangi pengganas," katanya. 

Seluruh universiti, sekolah, masjid dan terminal pengangkutan awam diarahkan tutup serta merta. 

Pasukan polis ketenteraan telah diarahkan untuk lebih berwaspada di lapangan terbang Belanda dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat. Polis memberi jaminan pihaknya akan menangkap suspek secepat mungkin. 





Menurut saksi kejadian, dia ternampak seorang wanita keluar dari trem dengan tangan dan pakaiannya berdarah selepas terjatuh di jalan raya. 

"Saya bawa ke masuk ke dalam kereta dan membantunya. Apabila polis tiba, dia sudah tidak sedarkan diri," kata saksi yang tidak didedahkan namanya. 

Saksi lain juga berkata, dia ketika itu sedang berdiri di lampu isyarat dan ternampak seorang wanita berusia lingkungan 20-35 tahun terbaring di jalan raya.

"Dia menjerit, 'Saya tak buat apa-apa'," katanya. 

Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.