Loading...
TR

(Video) Bagasi melebihi had berat, kakitangan tengking penumpang


Viral di media sosial video seorang kakitangan syarikat penerbangan di Bangkok, Thailand, menengking penumpang dari China yang secara tidak sengaja terbawa bagasi melebihi had berat yang telah ditetapkan.

Difahamkan, penumpang berkenaan tidak sengaja membawa bagasi melebihi had berat lima kilogram untuk dibawa masuk ke kabin pesawat. Namun kakitangan syarikat penerbangan New Gen Airways terbabit berang lalu mula menengkingnya dalam bahasa Thailand. 

Biarpun ditengking bertubi-tubi, penumpang berkenaan langsung tidak memahami apa yang dikatakan oleh kakitangan wanita itu. 

Video itu dimuat naik oleh netizen bernama Red Skull pada 12 Februari lalu, telah ditonton lebih 171,000 kali mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap kakitangan terbabit bertindak keterlaluan. 


"Tiada keperluan untuk menengking seperti itu. Apa salahnya dia menegur dan memaklumkan mengenai peraturan dalam kabin dengan baik," kata netizen. 

Sementara itu, New Gen Airways telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada penumpang berkenaan dan akan menyiasat kakitangannya yang terbabit dalam insiden memalukan itu. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.