Selalu orang pesan, jika sudah mendapat panggilan mengerjakan umrah atau haji di Mekah, jagalah pertuturan sebaik-baiknya kerana dibimbangi apa yang diucapkan itu nanti kelak akan memakan diri. Sama ada cepat atau lambat sahaja.
Seperti yang dikongsikan oleh Nurizyan di Twitternya, gara-gara mengungkap kata-kata yang tidak sepatutnya, wanita dalam kisah itu menerima akibatnya.
NANTI kalian kalau dapat rezeki pergi ke tanah suci Mekah tu, jagalah tiap percakapan.
Ada seorang hamba Allah ini pergi ke sana, kemudian berkata "Tak nak cium Hajarul Aswad sebab kotor, ramai cium. Kuman".
Balik saja ke Malaysia, Allah nak tunjuk sekejap saja. Rahim dia penuh bernanah dan rahimnya kena buang.
Nanti kalian kalau dpt rezeki pergi tanah suci Mekah tu jagalah tiap percakapan. Ada seorg hamba Allah ni pergi sana then cakap “Taknak cium Hajarul Aswad sebab kotor ramai cium. Kuman”. Balik Malaysia, Allah nak tunjuk sekejap je. Rahim kau penuh bernanah & rahim kau kena buang.— Bunga (@Nurizyan98) February 24, 2019
Saya tweet bukan nak menakutkan semua pergi ke tanah suci. Tetapi ambillah ikhtibar. Jangan percakapan dan perbuatan. Bila terniat buruk, istighfar. Bila tersalah cakap, taubat. Allah itu tak kejam.
Untuk menjadi baik pun, ramai yang pertikai. Ambil pengajaran dan jadikan tauladan. Yang buruk itu dijadikan sempadan.
Saya doakan korang yang belum ada rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, dapat diberikan rezeki malahan dilapangkan pintu rezeki untuk ke sana suatu hari nanti. Semoga kalian sihat pergi dan balik dan semoga Allah permudahkan segalanya. InshaAllah. Amiinn ya rabb.
Netizen juga kongsi cerita:
Netizen juga kongsi cerita:
Dah nama pun masjidil haram. Mulut mmg kena jaga. Niat kena betul2 bersih kalau nak g sana. Aku pernah juga baca satu kisah the real story. Pramugari nak pergi mekah sb org lain pergi mekah, baru jejak kaki terus pengsan n koma. Sepanjang dia koma, dia nampak api neraka semua...— NACA (@OppieSan13) February 24, 2019
Dia nampak neraka.. Dia yg rasa. Tak lama berapa selang hari ke bape mgu nth, dia terjaga, dia insaf. Terus jadi warak. Untung nya allah bg nampak semua tu dari mimpi. Waallahualam.— NACA (@OppieSan13) February 24, 2019
1/2 Jd to myself last year. Sampai mekah dah mlm so terus buat umrah. Then nak dijadikan cerita, i dgn maklong i terpisah dari group. Maklong i ni kaki dia sakit, so jln slow terhencut sikit lah. Masa tgh saie tu dia lmbt sikit so dlm 50m camtu i akan tunggu depan.— SYAA (@__Syaaa) February 24, 2019
2/2 So sambil tunggu tu i ada merungut sikit lah "knp jln lmbt" tp dlm hati je. Esoknya bangun i tgk ankle bengkak sikit & i pulak jln terhencut g masjid. Masatu rasa berdosa sgt 😭 terus g buat solat taubat mintak ampun— SYAA (@__Syaaa) February 24, 2019
masa aku pergi last year , selalunya lepas solat fardhu akan ada solat jenazah , but then aku tanya mama aku , “kenapa kena solat jenazah , tak nampak pun jenazah” . sekali Allah tunjukkan berderet van yang bawa mayat lalu depan aku , boleh dikira 8 mayat kowt. memang takleh lupa— shuhadah (@najwashu) February 25, 2019
Pernah terjadi my mom cerita kawan dia pergi sana masa tu rezki dia pergi cuaca agak panas then dia ckp "panasnya cuaca dekat sini berpeluh satu badan" sampai dekat bilik ada aircond dia sorang je rasa panas sampailah ade jemaah lain tgur suh dia berdoa minta ampun lepastu bru ok— Far (@nurrfrh_) February 24, 2019
Kawan saya menangis sebab tak nampak kaabah, semua dosa silam dia terimbas, menangis ketakutan. Isteri dia tanya kenapa menangis. Dia ckp sebab tak nampak kaabah. Isteri dia pon peliklah sebab diorang ade dekat Madinah sekarang ni.. bodoh betul kawan aku— 🐱 (@jimiNewTrunk) February 25, 2019
Sumber: Twitter @Nurizyan98