Loading...
TR

'Honda Civic Type R untuk test drive jer...'


Viral di media sosial gambar dua buah kereta Honda Civic Type R didakwa bakal digunakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa menjelaskan, kenderaan terbabit diberikan oleh syarikat berkenaan sebagai pinjaman untuk dipandu uji sahaja. 

"Ia adalah cadangan daripada syarikat terbabit untuk pasukan PDRM memandu uji kenderaan berkenaan. 

"Kenderaan terbabit diberikan untuk tujuan penilaian teknikal bagi melihat kesesuaian kegunaan pasukan penguatkuasa," katanya memetik laporan dari Harian Metro






Menurut beliau, syarikat itu memberi tempoh selama tiga hingga enam bulan untuk melihat kemampuan kenderaan itu dari segi teknikal untuk kesesuaian penggunaan pasukan PDR. 

Selesai tempoh itu, kenderaan itu akan diserahkan semula kepada syarikat berkenaan tanpa membabitkan sebarang kos. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.