Loading...
TR

Tuntut cerai, suami siram air panas di muka isteri


Seorang lelaki berusia 60 tahun tergamak menyiram isterinya dengan air panas kerana berang mangsa menuntut diceraikan.

Dalam kejadian pada Rabu di rumah pasangan terbabit di Desa Geulanggang Gampong, Aceh, Indonesia, mangsa melecur teruk dan perlu menjalani pembedahan. 

"Motifnya kerana cemburu dan suspek kesal isterinya menuntut cerai daripadanya. Maka suspek mahu membuat isterinya cacat agar tiada lelaki yang mahu berkahwin dengannya," kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Bireun, Eko Rendi Oktama. 

Menurut beliau, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas keluarga mangsa membuat laporan polis. 

Siasatan awal mendapati, suspek sebelum ini memasak air panas. Setelah air mendidih, suspek memasukkan air itu ke dalam baldi lalu dibawa ke tempat tidur mangsa lalu disiram pada wajah dan seluruh badan mangsa. 

Bertindak di atas laporan itu, polis kemudian menahan suspek bersama barang-barang bukti. 

Sementara itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Zainal Abidin Banda Aceh untuk mendapatkan rawatan. 

Suspek akan didakwa mengikut undang-undang dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun. 

Sumber: Detik

About Cite Malaya

Powered by Blogger.