Loading...
TR

'Satu demi satu anjing saya mati' - Khianat, 6 ekor anjing mati diracun


Malang nasib enam ekor anjing maut akibat diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian di Batu 14, Puchong, Selangor. 

Menurut pemiliknya, Alex Chandran, 38, kejadian itu hanya disedarinya sekitar tengah hari kelmarin apabila adiknya mendapati salah seekor anjing peliharaan mereka berkelakuan ganjil. 

Pada awalnya mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat dan sekadar membekalkan air kepada anjing betina itu sebelum meninggalkan rumah. Namun pada jam 1.30 petang, anjing-anjing perliharaan mereka berada dalam keadaan lemah.



Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Alex terus pulang selepas dimaklumkan oleh adiknya mengenai kejadian itu dan di depan matanya sendiri seekor demi seekor anjingnya (termasuk empat anak anjing) mula mati. 

Difahamkan dua ekor anjing dewasa adalah anjing betina berusia empat tahun, manakala anak anjing pula berusia sekitar dua bulan. 

Alex mengesyaki anjingnya telah diracun kerana sisa makanan di kawasan kediamannya tidak sama seperti apa yang mereka bekalkan sebelum ini iaitu dhall dan telur pada malam Rabu. 

Sebaliknya mereka menemui sisa makanan seperti tulang dan kulit ketam dalam bekas makanan tersebut. 



Walaupun begitu, Alex enggan membuat sebarang spekulasi jika ada pihak yang meracuni haiwan peliharaannya itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), untuk melakukan siasatan.

JPV katanya telah datang untuk mengambil semua smapel yang diperlukan termasuk bangkai anjing untuk dibedah siasat. 

Alex juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.