Loading...
TR

Penganggur bunuh 2 beradik mengaku tidak bersalah


Lelaki berusia 49 yang didakwa membunuh dua beradik dan mencederakan seorang lagi mangsanya dalam kejadian di 8 Januari di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kuala Sungai, Yan, Kedah, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. 

Penganggur, Amir Ariffin, berdepan dengan tiga pertuduhan itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan. Namun tiada sebarang pengakuan tertuduh direkodkan bagi pertuduhan tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa membunuh Nurul Hanim Idris, 5, dan Muhammad Hafiz Idris, 2, pada jam 11 hingga 12 tengah malam 8 Januari. 

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati sekiranya disabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Soberi Saad, 52, dengan menggunakan sebilah pedang pada hari dan waktu yang sama. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun serta denda atau sebat. 

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Waheda Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah Majistret Yan mengarahkan tertuduh tidak ditawarkan sebagai jaminan dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula kes.


BERITA BERKAITAN: 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.