Loading...
TR

'Mari pejabat agama, jamin aku.. kena pulak ni' - Kantoi, warga emas call member minta tolong


"Mari pejabat agama, jamin aku.. kena pulak ni," demikian kata lelaki berusia 59 tahun yang meminta rakannya datang ke Pejabat Penguatkuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman, semalam, selepas dia dan pasangannya berusia 41 tahun ditahan di sebuah rumah tumpangan. 

Dalam operasi jam dua pagi di Jalan Sultan Zainal Abidin itu, pasangan yang pernah ditahan kerana melakukan kesalahan yang sama beberapa bulan lalu, sekali lagi ditahan penguat kuasa. 

Difahamkan, pasangan terbabit dipercayai sudah beberapa hari menginap di rumah tumpangan itu dan ketika serbuan dilakukan, mereka sedang tidur menyebabkan penguat kuasa terpaksa menunggu lama sebelum pintu bilik dibuka lelaki yang hanya berkain pelikat. 

Lelaki yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai tukang sapu itu kemudian merayu agar tidak dikenakan tindakan dengan alasan mereka sebelum ini pernah ditahan dan kes itu masih belum selesai. 

Rayuannya itu bagaimanapun tidak diendahkan, sebaliknya dia dan pasangannya diminta bertaubat kerana melakukan perbuatan yang jelas melanggar hukum agama. Namun lelaki itu langsung tidak menunjukkan rasa kesal dan insaf apabila dia dengan selamba menghubungi rakannya untuk datang menjaminnya. 

Setelah disiasat, lelaki terbabit tidak dibenarkan pulang ke rumah oleh isterinya selepas mereka berselisihan faham. 

Pasangan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan mulut oleh seorang penjamin.

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.