Loading...
TR

Kalau nak pergi check doktor, tak payahlah pakai tudung lilit-lilit, tudung makcik bawang camni pun ok dah'


Kalau sebut je pasal fesyen, perempuan memang nombor satu. Tak kira lah kat mana tempat yang nak dituju. Fesyen dan perempuan memang tak dapat nak dipisahkan, walaupun ke pasar nak membeli ikan. Istilah serabai atau selekeh bukan pilihan mereka.

Oleh kerana fesyen ini juga, kaum perempuan diingatkan oleh seorang doktor ini melalui statusnya di Facebook. Status dan gambar yang mencuit hati itu memberikan ingatan kepada mereka supaya mengenakan pakaian dan tudung yang bersesuaian ketika mendapatkan rawatan di klinik atau di hospital. Dalam erti kata yang lain, nak tanggalkan tudung bila doktor nak periksa, tak perlu lagi membuat lilitan 60 darjah, masalah labuci tersekat tiada lagi. 

KALAU nak pergi check doktor, tak payahlah pakai tudung lilit-lilit, kan payah dah nak check telinga, nak check leher nak periksa thyroid. Pakai tudung biasa-biasa dah.

Kalau nak pergi check mengandung pulak tak payah la beria-ria nak pakai jubah. Pakai baju biasa-biasa dah. Bila suruh selak perut nak scan, segan pulak.

Kalau nak juga pakai jubah, silalah pakai kain satu lagi di bahagian dalam atau leggings ka, senanglah nak selak perut untuk check perut dan scan. 

Baju jubah lip lap berlabuci dan tudung Siti Nurhaliza ka, Ramlah Ram ka, Fazidah Joned ka, Sanisah Huri ka, tudung artis suam-suam kuku tinggalkan di rumah bila pergi berjumpa doktor na. Pakai biasa-biasa dah, tudung mak jah pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu, hangpa ada konsert atau nak buat persembahan kat Royal Albert Hall London.



Kalau pakai tudung makcik bawang macam kat bawah ini pun dah okey dah. Tudung makcik bawang takpe, jangan perangai makcik bawang je.


Hak koranglah nak pakai tudung instant ke, tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor nak periksa tu senang la. Tak ada la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu. Tolong eh sissturrr. 

Kalau sesiapa yang cari tudung seperti kat bawah ini boleh carik sis Tayang Hamzah. Dia banyak design tudung rare.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.