Loading...
TR

Cubaan rogol remaja 16 tahun dalam semak gagal, suspek digigit semut


Cubaan seorang lelaki merogol gadis bawah umur dalam kejadian di Sukamaju Selatan, Indonesia pada Sabtu 19 Januari 2019 menemui kegagalan apabila dia digigit semut, lapor Tribun

Suspek, Toni Irawan, 29, didakwa cuba merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun. 

Ketua Polis Sukamaju, Alimin Pammu berkata, suspek ditahan pada keesokan hari selepas mangsa membuat laporan polis. 

Difahamkan, suspek terdahulu menghubungi mangsa dan mengajaknya keluar sebelum menjemputnya dengan kereta lalu dibawa ke Sitingkil. 

"Tiba di lokasi kejadian, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks tetapi mangsa melarikan diri dan dikejar oleh suspek," katanya. 

Dalam perjalanan pulang, suspek memberhentikan keretanya dengan alasan mahu mencuci kereta. 

"Pada saat itu, suspek terus menarik mangsa ke dalam semak sambil membaringkannya di atas rumput. Namun kedua-duanya digigit oleh semut hitam. 

"Di kesempatan itu, mangsa terus berdiri dan melarikan diri ke rumah penduduk berhampiran," katanya. 

Suspek kini ditahan dan siasatan sedang dijalankan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.