Loading...
TR

'3 tahun belajar tinggi-tinggi tapi jual burger je?' - Penjual burger terkilan dihina rakannya, sedangkan dia baru grad 2 bulan lebih


"Aku dengar kau berjual burger sekarang, betul ke?" demikian pertanyaan dari rakan lama Nur yang sudah dua tahun tak berhubung. 

Tanpa mengesyaki apa-apa, Nur menjawab seperti biasa tetapi rupa-rupanya individu itu mempunyai niat yang lain. 

"Kau dah habis belajar ke? Atau kau tak habis belajar? Hahaha. Kan betul apa yang aku cakap sebelum ni. Dulu kau sibuk nak study. Kerja la dulu. Tapi tengoklah sekarang, berjual burger kawan," katanya sambil disertakan dengan emoticon ketawa. 

Terkilan dengan kata-kata biadab itu, Nur kemudian menghantar gambar dirinya sudah tamat pengajian. Sekali lagi, rakannya itu melempar kata-kata yang tidak sepatutnya. 

"Eh? Dah grad rupanya. Hahaha. Aku fikir kau failed," katanya. 

Nur kemudian bertanya apa tujuan dia secara tiba-tiba mahu berbual dengannya di WhatsApp. 

"Saja. Tapi kan, kau degree holder, kau berjual burger. Tak malu ke?" 

"Kenapa nak malu?" soal Nur. 

"Yela, macam mana aku nak explain. Bebal juga kau. Aku cuma pelik saja. Tiga tahun belajar tinggi tapi..." sengaja dia tidak menghabiskan ayat itu. 

"Aku tak bebal, kau yang bebal. Apa salah aku degree holder berjual burger? Tak salah aku rasa. Lainlah macam orang itu, berjoli sana sini menghabiskan duit orang tua. 

"Sekurang-kurangnya aku menghabiskan duit hasil dari titik peluh aku sendiri. Beli modes pun guna duit aku sendiri, bukannya guna duit orang tua. Tambahan, duit itu dari sumber halal. So what? Apa masalah kau?" balas Nur membuatkan individu itu terkedu dan tidak tahu nak balas apa. 






"Entah apa jenis orang macam ni, I cannot brain la. Haha! Untuk pengetahuan, sedikit pun aku tak pernah malu berjual burger. Kalau dulu, mungkin ada. Tetapi masa itu otak masih budak dan masih rasa 'berada'. Tahu nak menabur duit saja. 

"Tetapi sekarang, bila dah tahu macam mana susahnya nak mencari duit, kau nak minta duit dari orang tua pun kau rasa malu dah. So kenapa tidak kita cari duit untuk diri kita sendiri? Itu pun kau tak boleh fikir ke? 

"Memang aku baru grad, tetapi relax, jangan tergesa-gesa nak kerja. Baru dua bulan lebih aku grab, sabarlah dulu. Ada rezekinya nanti. Apa yang aku buat sekarang pun kira rezeki aku juga. Jual burger itu rezeki aku juga. 

"Geram juga aku dengan manusia macam ni. Setelah dua tahun tak bertegur, tiba-tiba muncul untuk menyakitkan hati. Tak tak apa, relax. Hahaha! Datanglah ke gerai aku, nanti aku bagi kau makan menu special secara free. Amacam? Ada berani?" katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.