Lagi kes akaun bank pengguna digodam dan kali ini melibatkan kerugian RM4,000 lebih di mana modus operandinya juga hampir sama.
Menurut mangsa, ketika dia mengetahui berlakunya pengeluaran wang dari akaun bank, dia segera menghubungi pihak bank dan dalam masa yang sama turut menerima mesej bertalu-talu yang memaklumkan wang simpanannya 'dipindahkan' ke akaun Paypal individu yang tidak dikenali.
SELAMA ini aku tengok orang lain kena. Well, now it's on me la kan. CIMB CLICKS kena kat aku. Terduduk, RM4,000 lebih lebur macam itu saja.
Sila berhati-hati dalam transaksi online. Kalau boleh, tak payahlah guna apps bank itu. Serupa tahi. Kalau terkena, mohon call bank dengan kadar segera walaupun selalunya dah terlambat.
In my case, memang terlambat dah. Masa transaksi itu berlaku, dapat sms. Aku call CIMB on the spot, still message masuk bertalu-talu memaklumkan duit kena sedut.
Pihak bank hanya boleh block your card je. So I lost almost 4,000-5,000 hari ini. Kelabu mata aku. Blank otak sekejap. My future is riding on this money.
Sumber: Qazreen Qazz