Seorang surirumah berusia 53 tahun terkejut apabila mendapati 8 jari jemarinya bertukar menjadi kehitaman selepas dia tidak merawat luka di jarinya, dalam kejadian Mac lalu.
Zhang yang berasal dari bandar Wuhan, China, dilaporkan mengalami luka di jari manis tangan kiri ketika melakukan kerja rumah.
Zhang tidak mengendahkan kerana ia hanya sekadar luka kecil. Namun dua hari kemudian, lukanya itu bertukar menjadi kehitaman. Tidak berapa lama selepas itu, lapan jari jemarinya mula terasa kebas dan lebam.
Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Zhang disahkan menghidap gangren, di mana tisu badannya mati akibat kehilangan darah.
Gangren boleh berlaku dengan pelbagai sebab antaranya, kecederaan, penyumbatan aliran darah ke organ, pembedahan, jangkitan luka, sesetengah jenis penyakit dan sebagainya.
Istilah perubatan mendefinisikan gangren sebagai pemusnahan tisu-tisu atau sel-sel hidup yang mati secara tiba-tiba atau berperingkat akibat ketiadaan bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Gangren terjadi apbila bekalan darah ke sel atau organ tertentu terputus dan keadaan ini menyebabkan sel atau organ tersebut kekurangan oksigen yang amat sangat sehingga menyebabkan kematian organ-organ terbabit.
Tisu atau sel-sel yang pada awalnya berwarna kemerah-merahan akan bertukar kebiruan dan akhirnya menjadi kehitaman, sekaligus menghilangkan fungsinya.
Bagi merawat penyakit ini, pembedahan pemotongan perlu dilakukan pada anggota yang terlibat bagi mengelakkan komplikasi serius seperti jangkitan kuman dalam darah dan kematian.
Menurut laporan itu, Zhang telah menerima rawatan di hospital tempatan tetapi tidak diketahui sama ada jari jemarinya dapat disebaliknya atau pun tidak.
Sumber: Daily Mail